4/25/2011

Kebebasan hati,,,

Benarkah kita boleh merasakan bahagia bila mengikuti kata hati? Pasti. Karena dengan mengikuti kata hati, maka kita menjadi diri sendiri. Tentu kita harus percaya diri bahwa hati kita tidak salah dengan keinginannya.  Bahawa kita tidak punya maksud melukai siapa pun atau membuat orang lain jadi susah. Jauh di lubuk hati kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Sesungguhnya itulah kebebasan yang sejati.

Di dalam kebebasan yang sejati, kita memiliki perasaan damai, perasaan yang jujur tentang kehidupan kita, tentang jati diri kita. Freewill seharusnya menghasilkan kebahagiaan karena hal ini.

Karena itu orang yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggi, akan lebih mudah merasa bahagia karena ia bebas menjadi dirinya sendiri. Orang yang memiliki kepercayaan diri yang tinggi tahu memanfaatkan freewill-nya dan yakin akan keputusannya sendiri.  Itulah kebebasan yang sejati.

Di dalam kebebasan yang sejati, tidak ada keinginan untuk menyakiti siapa pun, tetapi yang ada adalah menghormati hak-hak orang lain sebagaimana dirinya ingin dihargai



.

4/23/2011

Rahmat kasih Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.


Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.


Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah.



Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada ALLAH.

Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH.



Saya bersyukur dengan menerima apapun yang saya alami hari ini. Rasa syukur membuat fikiran saya lebih jernih dan hati tenteram dan bahagia.









4/22/2011

Maafkan Aku

Maafkan aku kerana mendiamkan diri. 
Maafkan aku kerana membencimu 
Maafkan aku kerana tidak seperti yang disangka.
Maafkan aku kerana membuatmu terluka
Aku jadi begini kerana engkau membuatkan aku membencimu



Terima kasih sampai ke hujung nyawa.
Terima kasih tak terbalas jasa.
Terima kasih penat dah lelah.
Terima kasih kasih dan sayang.
Terima kasih segala-galanya.


Hati ku dah cukup kecewa.
Hati ku dah cukup  hancur.
Hati ku dah cukup derita
Kau sangka ku gembira.
Sedang aku berduka.
Maafkan aku.
Terima kasih pada mu.





4/18/2011

Aku inginkan kebahagiaan. Aku inginkan kedamaian..

Ditengah kebahagiaan. Tiba-tiba musibah datang memporakporandakan semua. Musibah menjadi terasa teramat berat kerana kita sedang berbahagia. Biasanya ditengah kebahagiaan seperti itu kita lengah. Jika ada hal yang buruk kita benar-benar terhenyak dibuatnya. Sama sekali tidak kita sangka. Kebahagiaan mampu membuat diri kita mabuk kepayang. Kita tidak dalam keadaan sedar dan mengawal diri dengan keadaan sekeliling kita karena kita merasakan kenikmatan yang tiada tolak bandingan sehingga begitu tertimpa kepedihan membuat tubuh kita seolah tergoncang hebat. Tanpa kita sedari terucap oleh kita. 'Ya Allah, kenapa ini terjadi pada diri ku? Aku tidak lalai, tapi aku tidak siap. Aku tidak melupakan diriMu, tetapi aku inginkan kebahagiaan.'




Hati siapa yang inginkan penderitaan.
Dan hati mana yang suka akan penyeksaan.
Semua orang tidak suka akan perubahan kepada kemusnahan kehidupan.
Dari hari ke hari kita merasakan bahawa kita akan menggapai kebahagiaan.
Tetapi sebenarnya hati kita makin lama makin rasa sayu dan hilang serinya.
Siapa yang tahu, hanya tuan badan sahaja yang tahu.
Walau bagaimana pun adakah Tuhan inginkan kita selalu sedih dengan penderitaan.
Janji Allah swt itu pasti.
Tiada ragunya sama sekali.
Hanya orang yang mampu sahaja diberi penderitaan sebegini.
Doaku pinta semoga daku mampu mengharunginya.
Walaupun badai dinaiki sudah berlubang-lubang sana sini.
Tunggu masa untuk dikaramkan.



aku ingin dihormati selayaknya
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya



aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar



aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan



dari hari ke hari........dari mimpi ke mimpi.....dari mata ke hati........
pada aku tak ada yang indah selain kebahagiaan yang kita terima........
kesedihan yang melimpah,meluluhkan hati yang penuh sarat dengan keinginan......
sinar yang di cari terhenti di siang hari............ keindahan setiap hari telah di iringi dengan trauma yang kejam.........kenapa smua ini berlaku......???? adakah aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti....?????atau aku tak pernah mendapat sesuatu yg pasti........?????





 aku juga... mengimpikan sebuah kebahagiaan...kebahagian yang semakin menjauh...dek kerana masalah-masalah yang datang seperti tiada penyelesaian...kalaulah segala masalah boleh diselesaikan dengan mudah pasti akulah orang yang paling...CERIA...GEMBIRA...dan BAHAGIA.....!




Wahai Tuhan… aku bersyukur, dalam kasihMU, aku masih kuat membentuk jati diri untuk tidak tewas dengan apa yang terjadi. Semakin kau cuba membunuh jiwaku, semakin aku bangkit membina ketahanan diri. Semakin kau menekan harga diriku, semakin aku tabah dan kuat bangkit  untuk menghadapi realiti  pada masa akan datang . Tuhan, kuatkan dan teguhkanlah hatiku untuk tetap bersandar kepada Anugerah dan kasih setiaMU . Di hati ku ini, hanya ada Rasul dan Tuhanku yang tercinta. 

















3/29/2011

Sayang Semua..

. Lama dah tak pergi bercuti.. bila dapat perluang macam nie best yer rasa cam tak nak balik aje.. macam - macam benda yang nak dibuat.. Di Kuala Lumpur aktiviti berjumpa dgn rakan- rakan Fb yang selama nie bersua dalam coretan kata .bila dapat berjumpa bertentang mata melepaskan rindu yang lama terpendam di dada..macam-macam cerita yang hendak dibualkan dengan usikan dan gelak ketawa mewarnai perjumpaan pada hari itu..dengan rancangan pergi bercuti di Morib dengan tema Cuti-Cuti cinta telah diaturkan.. macam-macam aktiviti yang dibuat.. membuatkan semua terhibur..dan bergembira.. terima kasih buat semua teman-teman  sebab hadir dalam hidup saya semoga keakraban yang terjalin nie berkekalan sampai bila-bila..Aminn..

1/19/2011

Mama...

Dalam tak sedar dah hampir lima tahun aku menjalani  hidup dengan cara begini.. walaupun pada asasnya  aku sukar untuk menerimanya..Namun takdir Ilahi dah tertulis segala perancangan perjalanan hidup seseorang itu..Bermula pada tahun 2007 aku dikhabarkan tentang permergian insan yang tersayang.pada ketika itu aku baru sahaja tamat persekolahan dan pada ketika itu juga mama yang paling aku sayang menghidap penyakit yang kronik..aku terpaksa membuat keputusan untuk terus melupakan hasrat hati dan cita-cita yang aku inginkan dan setiap keputusan yang bakal dibuat pasti ada rasikonya.. Aku pasti apa yang aku lakukan   kerana aku tidak akan membiarkan ia keseoranggan kerana aku tahu ia perlukan aku di sisi meski pun ia tidak pernah meminta untuk aku berada disampingnya... Naluri seorang ibu tidak akan meminta pertolongan untuk dibantu dalam kesusahan dan kesukaran tapi hati seorang anak tidak akan menbiarkan ia berada dalam kesulitan kerana tidak ingin menjadi anak yang derhaka.  lalai dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya dipikul walaupun disaat itu fikiran seorang anak masih agak bercelaru sedikit..

Hari semakin hari tahun semakin tahun aku masih setia disisi terkurung dalam mahligai kaca yang temboknya hampir terpisah dengan dunia fantasi . Walaupun adakalanya jiwa memberontak ingin ke sana ..tapi terpaksa terpendam di dalam hati.. seandainya diberikan kebebasan bersyarat skalipun akan ku terbang kesegenap alam.. walaupun ia untuk seketika.. Mama walau apapun orang kata pasal saya.. Saya tidak akan sama skali menunjukkan kecewaan dan bertapa sakitnya hati bila tomahan melanda diri.. kerana saya tidak mahu mama dibebani dengan kerisauan..dan sesalan atas apa yang dah berlaku.. Saya melakukannya ikhlas dari hati saya untukmu mama..

1/01/2011

Selagi Nyawa Dikandung Badan Selagi Denyutan Masih Berdenyut..



Tahun 2011 lambaran yang baru dengan semangat dan azam yang baru.. Yang lama tidak harus di lupakan dan perlu di jadikan sandaran pada hari ini.. Perjalanan untuk tahun 2011 baru sahaja bermula dan langkah masih terlalu panjang setiap apa yang bakal berlaku dan terjadi akan pasti memberi kesan secara langsung.

 Ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana diberi ruang dan peluang untuk terus di beri nafas untuk merasakan nikmat hidup ini..dan melaksanakkan tanggungjawab sebagai seorang insan yang diciptakan..walaupun tanggungjawab itu sukar untuk di galas tapi perlukan kekuatan untuk melaksanakannya,,

 Tahun 2011 juga bakal menyaksikan bermacam- macam wayang kisah manusia yang akan di pentaskan dengan bermacam- macam plot dan tarian yang bakal ditarikan...  Kalau cerita yang di pentaskan itu menarik tetarik juga nak tengok.. kalau yang membosankan terpaksalah menahan mata dan  hati.. ehhhh  kalau selalu makan hati burulam jantung selalu pun tak bagus gak,, yang pasti 2011 ku tunggu apa yang bakal terjadi...