Dalam tak sedar dah hampir lima tahun aku menjalani hidup dengan cara begini.. walaupun pada asasnya aku sukar untuk menerimanya..Namun takdir Ilahi dah tertulis segala perancangan perjalanan hidup seseorang itu..Bermula pada tahun 2007 aku dikhabarkan tentang permergian insan yang tersayang.pada ketika itu aku baru sahaja tamat persekolahan dan pada ketika itu juga mama yang paling aku sayang menghidap penyakit yang kronik..aku terpaksa membuat keputusan untuk terus melupakan hasrat hati dan cita-cita yang aku inginkan dan setiap keputusan yang bakal dibuat pasti ada rasikonya.. Aku pasti apa yang aku lakukan kerana aku tidak akan membiarkan ia keseoranggan kerana aku tahu ia perlukan aku di sisi meski pun ia tidak pernah meminta untuk aku berada disampingnya... Naluri seorang ibu tidak akan meminta pertolongan untuk dibantu dalam kesusahan dan kesukaran tapi hati seorang anak tidak akan menbiarkan ia berada dalam kesulitan kerana tidak ingin menjadi anak yang derhaka. lalai dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya dipikul walaupun disaat itu fikiran seorang anak masih agak bercelaru sedikit..
Hari semakin hari tahun semakin tahun aku masih setia disisi terkurung dalam mahligai kaca yang temboknya hampir terpisah dengan dunia fantasi . Walaupun adakalanya jiwa memberontak ingin ke sana ..tapi terpaksa terpendam di dalam hati.. seandainya diberikan kebebasan bersyarat skalipun akan ku terbang kesegenap alam.. walaupun ia untuk seketika.. Mama walau apapun orang kata pasal saya.. Saya tidak akan sama skali menunjukkan kecewaan dan bertapa sakitnya hati bila tomahan melanda diri.. kerana saya tidak mahu mama dibebani dengan kerisauan..dan sesalan atas apa yang dah berlaku.. Saya melakukannya ikhlas dari hati saya untukmu mama..
mama zirah sakit apa?
ReplyDelete