Suka duka sedih dan gembira mewarnai sepanjang tahun 2010 walaupun kegembiraan yang datang hanya bersifat sementara dan derita yang singgah mungkin terlalu lama.. aku juga cuba untuk gembirakan hati ini tapi itu hanya sekadar lakonan semata- mata kerana aku tak dapat nak menipu diri sendiri.. yang dah lama dah menjadi barah di dalam hati ini.. dalam kegembiraan sebenarnya ada duka yang terselit di jiwa.. tapi tak ramai yang tahu mungkin aku nie terlalu bermain dengan perasaan hati. Apabila bibir tidak mampu untuk berbicara biarlah jari jemari merungkai apa yang tersirat di dalam hati.. bukan mahu di tinta cerita yang silam dan kelam kerana aku hanya insan biasa.. tersepit terhimpit dan terhukum dalam agenda permainan manusia sebab terlalu lama makan hati ..apa yang dapat aku lakukan selain berdoa dan mengharap pada yang satu agar diberi kekuatan..agar diri ini tidak rebah dan jatuh terus ke bumi..
Kadang-kadang diri ini terdetik juga teringin nak menjadi jahat..mungkin kita terlampau baik sangat kut..dan diri ini cepat tersedar dari lamunan mimpi yang ilusi dan kembali ke alam realiti..
Saya sendiri pun tak tahu apa yang gembira pada tahun 2010 nie.. yang best yer ulang tahun kelahiran yang jatuh pada Maal Hijrah iaitu pada 7 Disember yang lalu.. walaupun pada hari itu ada yang tercalar sikit.. apa yang sangat gembira hati ini ialah saya telah menemui sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi dan setia bersama-sama dengan saya.. terima kasih kerana sudi menjadi sahabat.. walaupun hanya di alam maya..kerana hati ini dah lama kekosongan kini telah terisi..
kadang ku ingin menangis….aku ingin berlari...tinggalkan semua belenggu yang ada di hati….sesak d hati…tak bisa bernafas menghirup udara….ku letih dengan semua ni.….ku jenuh dengan hidup ni…aku harus bagaimana?aku harus seperti apa?aku harus dimana?untukku sandarkan sebarang rasa... yang dah berlalu tetap berlalu yang ada di depan mata harus dihargai..tahun 2010 tersemat di hati..
2011 ku tunggu cabaran yang menanti....
Apa yang terjadi dan telah berlaku sepanjang tahun 2010 menjadi satu ikatan yang kukuh dan di simpulkan dalam sebuah episod kehidupan aku.. dan di harap tahun 2011 adalah lambaran baru yang aku harus tempuh dan berharap sangat-sangat agar derita yang ditanggung ini berakhir dengan satu episod yang tidak membuatkan hati ramai orang lain turut sama kecewa.. cukuplah hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita rasa..