1/19/2011

Mama...

Dalam tak sedar dah hampir lima tahun aku menjalani  hidup dengan cara begini.. walaupun pada asasnya  aku sukar untuk menerimanya..Namun takdir Ilahi dah tertulis segala perancangan perjalanan hidup seseorang itu..Bermula pada tahun 2007 aku dikhabarkan tentang permergian insan yang tersayang.pada ketika itu aku baru sahaja tamat persekolahan dan pada ketika itu juga mama yang paling aku sayang menghidap penyakit yang kronik..aku terpaksa membuat keputusan untuk terus melupakan hasrat hati dan cita-cita yang aku inginkan dan setiap keputusan yang bakal dibuat pasti ada rasikonya.. Aku pasti apa yang aku lakukan   kerana aku tidak akan membiarkan ia keseoranggan kerana aku tahu ia perlukan aku di sisi meski pun ia tidak pernah meminta untuk aku berada disampingnya... Naluri seorang ibu tidak akan meminta pertolongan untuk dibantu dalam kesusahan dan kesukaran tapi hati seorang anak tidak akan menbiarkan ia berada dalam kesulitan kerana tidak ingin menjadi anak yang derhaka.  lalai dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya dipikul walaupun disaat itu fikiran seorang anak masih agak bercelaru sedikit..

Hari semakin hari tahun semakin tahun aku masih setia disisi terkurung dalam mahligai kaca yang temboknya hampir terpisah dengan dunia fantasi . Walaupun adakalanya jiwa memberontak ingin ke sana ..tapi terpaksa terpendam di dalam hati.. seandainya diberikan kebebasan bersyarat skalipun akan ku terbang kesegenap alam.. walaupun ia untuk seketika.. Mama walau apapun orang kata pasal saya.. Saya tidak akan sama skali menunjukkan kecewaan dan bertapa sakitnya hati bila tomahan melanda diri.. kerana saya tidak mahu mama dibebani dengan kerisauan..dan sesalan atas apa yang dah berlaku.. Saya melakukannya ikhlas dari hati saya untukmu mama..

1/01/2011

Selagi Nyawa Dikandung Badan Selagi Denyutan Masih Berdenyut..



Tahun 2011 lambaran yang baru dengan semangat dan azam yang baru.. Yang lama tidak harus di lupakan dan perlu di jadikan sandaran pada hari ini.. Perjalanan untuk tahun 2011 baru sahaja bermula dan langkah masih terlalu panjang setiap apa yang bakal berlaku dan terjadi akan pasti memberi kesan secara langsung.

 Ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana diberi ruang dan peluang untuk terus di beri nafas untuk merasakan nikmat hidup ini..dan melaksanakkan tanggungjawab sebagai seorang insan yang diciptakan..walaupun tanggungjawab itu sukar untuk di galas tapi perlukan kekuatan untuk melaksanakannya,,

 Tahun 2011 juga bakal menyaksikan bermacam- macam wayang kisah manusia yang akan di pentaskan dengan bermacam- macam plot dan tarian yang bakal ditarikan...  Kalau cerita yang di pentaskan itu menarik tetarik juga nak tengok.. kalau yang membosankan terpaksalah menahan mata dan  hati.. ehhhh  kalau selalu makan hati burulam jantung selalu pun tak bagus gak,, yang pasti 2011 ku tunggu apa yang bakal terjadi...