5/05/2011

Kenangan Yang Lalu Mengusik Jiwa..

Kenangan lama membias kembali
Masa kanak-kanakku
Masa yang begitu indah
Kau memelukku dalam dekap pangkuanmu
Aku tersenym bahagia
Kenangan lama membias kembali
Saat masa-masa remaja menjemputku
Masa yang penuh pergolakan
Penuh dengan kebimbangan
Untuk menemukan jati diriku
Kau membimbngku dengan penuh kasih
Kenangan lama membias kembali
Masa-masa dewasa datang menghampiriku
Saat kegagalan melandaku
Kau membangkitkanku kembali
Kau menisik jiwaku dengan kata2mu
Yang tak pernah tenggelam
Untuk menggapai cinta dan cita
Masa yang penuh tanggungjawab
kau berikanlah ku kekuatan 
kau berikanlah ku semangat
dahagakan cintamu
kaulah nyawa ku..

Bagaimana harus ku tepis kesedihan ini .... Kau 
pergi tak kembali.
Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga..
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan...Al -Fatihah buat insan tersayang... 
6 mei  tetap dalam ingatan..

5/02/2011

Hakikat..

Sebut je tentang hakikat semuanya terdiam.. Semuanya terpana kaku seolah-olah hakikat itu menjadi titik noktah yang kekal.. Pada hal kita masih ada pilihan yang terbaik..kerana kita sentiasa diberi yang terbaik... Cuma kita harus yakin disetiap urusan kita masih ada nikmatnya yang berbeza-beza... Jangan terus menyalahkan diri sendiri..(aku pun kekadang macam tu gak)

Kenyataan itu pahit untuk ditelan..! Hakikat itu sakit untuk diterima..! Begitu lah kebanyakkan daripada kita pastinya tak pernah lepas dari berdepan dengan sebuah kenyataan dan hakikat kehidupan.. Memang sukar untuk dinyatakan , bagaimana yang disebut sebagai "MENERIMA KENYATAAN", kerana bukan setiap dari kita mampu serta boleh menerima sesuatu..

Baik mahu pun yang buruk - apalah bezanya kalau kita tak mampu menghargai kebaikkan.. Dan tak pernah menjadikan yang buruk itu sempadan!! kekadang kita tertanya-tanya adakah "KEHIDUPAN MENGAWAL KEADAAN atau KEADAAN YANG MENGAWAL KEHIDUPAN...???"


Perjalanan kehidupan ini sentiasa ada pilihan.. Kita je kekadang tu tak tahu... Atau segaja buat-buat tak tahu...
Mari kta lihat salah satunya.. "Berbicara soal pilihan dalam hidup" -

Dalam apa jua keadaan, dalam apa jua situasi.. Seringkali dalam keadaan tertekan, dalam terhimpit dilema.. Segelintir daripada kita menganggap dirinya tiada pilihan.. Cuba kita renungkan diri kita.. Kita sebenarnya sentiasa mempunyai pilihan.. Malah pilihan yang diberikan selalunya sentiasa pilihan yang terbaik.. Hanya kita yang selalunya tak pernah ingin memilih yang terbaik itu..

Kehidupan boleh di ibaratkan sebagai satu pelayaran di lautan luas terbentang.. Ada gelombang , ada angin kencang dan bermacam-macam lagi halangan dalam meniti kebahagiaan.. Yang pastinya akan cuba mengalihkan haluan... Yang ingin mengheret kita semakin jauh dari pelabuhan.. Bagaimana pun sejauh luasnyalautan yang diharungi... Badai gelombang mengila menghempas haluan... Namun kita tetap mahi mencari pelabuhan.. Setelah puas dilambung gelombang mahupun di hembus badai yang menganas, perlabuhan tetap terbayang dimata..

Begitu jua dengan realiti dan hakikat kehidupan sebenar... setiap detik dan ketika ada saja dugaan yang datang.. Susah senang dia antara warna warni penghias kehidupan ini.. Namun nasib setiap daripada kita tidak sama.. Dugaan dan rintangan yang datang sering kali berbeza.. Apa pun kita harus terima hakikat itu.. Pasti setiap kali keresahan melanda, kita terbayang-bayang kehidupan yang gembira umpama pelabuhan untuk kita berehat dan tenang dalam pelukan kasih sayang...

Hargainya akan sesuatu itu sebelum kita kehilangannya..

Hampir setiap daripada kita pernah mengalami masa-masa sukar... Kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar.. Ada waktunya kita diatas, dan pada waktu yang lain kita berada dibawah pula.. Kita ini mahluk yang serba kekurangan.. Kepada siapa lah selayaknya kita mengadu..?? YEa jawapannya sudah pasti kepada MAHA PENCIPTA...

Kita sebagai manusia yang memiliki kelemahan akan selalu mengharap pertolongan ALLAH yang MAHA KUASA, khususnya pada saat-saat genting atau dalam situasi yang menekan.. Namun harus diingat, bahawa ALLAH memberi pertolongan-NYA kepada kita hanya bila ada usaha daripada diri kita sendiri.. DIA tidak memberi pertolongan-NYA seumpama sesuatu yang dijatuhkan begitu saja dari langit... Bukan semudah itukan...

Kita jangan sombong untuk meminta pertolongan dari-NYA dan jangan pula menjadi seorang yang malas untuk berusaha.. Setiap sesuatu yang terjadi mesti ada sebab, mesti ada punca... Kalau tanpa usaha mana mungkin mampu meraih segalanya.. Yang pipih tak datang melayang, yang pauh tak datang bergolek..Melihat ragam manusia yang terlalu banyak bezanya.. Ada yang begitu, dan ada jua yang begini.. Benar kah kata orang ""Hidup ini umpama pentas sandiwara , dan kita adalah watak-watak pelakonnya""..???

Tapi yang paling penting sentiasalah menanamkan sifat ikhlas dalam setiap perbuatan, mahu pun disetiap perkerjaan.. Ini merupakan kunci penting bagi terbukanya pintu pertolongan ALLAH dan sesungguhnya pekerjaan tanpa niat yang ikhlas akan menjadi sia-sia... Sunguh-sunguhnya pasti kita mahukan hasil dari sesuatu yangkita lakukan itu berpanjangan dan berkekalan..

Mudah-mudahan dengan usaha penuh keikhlasan akan memberi kesan lebih bermakna dalam hidup kita serta insan lain.. Dengan keikhlasan ditambah dengan kesungguhan.. Kemudian tanyakan kepada diri kita sendiri ""Kerana apa kita melakukan sesuatu itu"".. Adakah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau apa yang kita lakukan ini adalah kerana MAHA PENCIPTA... Kita pasti akan merasa lebih tenang, lebih nyaman dan jua aman andai sesuatu yang dilakukan itu berkait dengan jalan MAHA AGUNG...

Harus diingat, kehidupan kita di alam fana ini memerlukan keREDHAan-NYA jika ingin mengecapi sebuah kehidupan yang sempurna... Sesungguhnya kita juga telah dijanjikan dengan sebuah kehidupan abadi kelak, namun harus melalui kehidupan sementara ini dengan sebaik-baiknya dahulu... Setiap sesuatu itu perlukanpengorbanan, perlukan tenaga dan waktu yang bukan sedikit... Andai segalanya dilakukan kerana-NYA, usah risau akan ada ganjaran yang bakal diterima, janji-janji MAHA PENCIPTA pasti menanti....