12/20/2010

Catatan 2010...

 Beberapa hari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya.. dan juga sepanjang 364 hari juga ada cerita yang tersendiri yang dilakarkan . Apa yang terjadi dan berlaku dalam satu tempoh yang agar sukar dan mencabar.. bermula dengan episod demi episod dalam dairi kamus catatan pribadi.. Setiap apa  yang terjadi di depan mata ada sejarah yang tercipta..

Suka duka sedih dan gembira mewarnai sepanjang tahun 2010 walaupun kegembiraan yang datang hanya bersifat  sementara dan derita yang singgah mungkin terlalu lama.. aku juga cuba untuk gembirakan hati ini tapi itu hanya sekadar lakonan semata- mata kerana aku tak dapat nak menipu diri sendiri.. yang dah lama dah menjadi barah di dalam hati ini.. dalam kegembiraan sebenarnya ada duka yang terselit di jiwa.. tapi tak ramai yang tahu mungkin aku nie terlalu bermain dengan perasaan hati. Apabila bibir tidak mampu untuk berbicara biarlah jari jemari merungkai apa yang tersirat di dalam hati.. bukan mahu di tinta cerita yang silam dan kelam kerana aku hanya insan biasa.. tersepit terhimpit dan terhukum dalam agenda  permainan  manusia sebab terlalu lama makan hati ..apa yang dapat aku lakukan selain  berdoa dan mengharap pada yang satu agar diberi kekuatan..agar diri ini tidak rebah dan jatuh terus ke bumi..
Kadang-kadang diri ini terdetik juga teringin nak menjadi jahat..mungkin kita terlampau baik sangat kut..dan diri ini cepat tersedar dari lamunan mimpi yang ilusi dan kembali ke alam realiti..



Saya sendiri pun tak tahu apa yang gembira pada tahun 2010 nie.. yang best yer ulang tahun kelahiran yang jatuh pada Maal Hijrah iaitu pada 7 Disember yang lalu.. walaupun pada hari itu ada yang tercalar sikit.. apa yang sangat gembira hati ini ialah saya telah menemui sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi dan setia bersama-sama dengan saya.. terima kasih kerana sudi menjadi sahabat.. walaupun hanya di alam maya..kerana hati ini dah lama kekosongan kini telah terisi..

kadang ku ingin menangis….aku ingin berlari...tinggalkan semua belenggu yang ada di hati….sesak d hati…tak bisa bernafas menghirup udara….ku letih dengan semua ni.….ku jenuh dengan hidup ni…aku harus bagaimana?aku harus seperti apa?aku harus dimana?untukku sandarkan sebarang rasa... yang dah berlalu tetap berlalu yang ada di depan mata harus dihargai..tahun 2010 tersemat di hati.. 
2011 ku tunggu cabaran yang menanti....



Apa yang terjadi dan telah berlaku sepanjang tahun 2010 menjadi satu ikatan yang kukuh dan di simpulkan dalam sebuah episod kehidupan aku.. dan di harap tahun 2011 adalah lambaran baru yang aku harus tempuh dan berharap sangat-sangat agar derita yang ditanggung ini berakhir dengan satu episod yang tidak membuatkan hati ramai orang lain turut sama kecewa.. cukuplah hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita rasa..




12/18/2010

Impian Dan Harapan..

Setiap dari kita pasti ada impian dalam apa jua yang di inginkan dan meletakkan harapan yang tinggi agar impian kita terlaksana.. Setiap impian pasti ada halangan dan dugaan hingga ada diantara kita merasa hampir berputus harap di pertengahan jalan.. Jiwa mesti kuat dan kental untuk mencapainya walaupun kadang-kadang harapan hanya tinggal harapan..kerana tidak semua apa yang kita nak akan tercapai..dan terlaksana.

Jika impian kita terlaksana kita akan merasa gembira dan bersyukur dengan apa yang kita impikan terlaksana jua dan merasakan hidup ini lebih bermakna.

Hidup kita juga ada bersandarkan impian dan harapan pada insan yang dinamakan manusia namun pasti ada yang tercalar akibat manusia lain namun hati pasti ada yang terluka kerana apa yang kita harapkan tak seperti apa yang kita jangka..manusia juga suka menabur janji dan janji yang dipatri selalunya dimungkiri.. dan bagi mereka yang terlalu mengharap pasti ada hati yang merana dan terseksa dengan sikap manusia..


    

12/16/2010

Fajar

Salam buat sang fajar
lihatlah hari ini
sebab ia adalah hidup, hidup dan hidup
dalam sekejap dia sudah melahirkan berbagai-bagai
hakikat dari wujudmu
nikmat pertumbuhan
perkerjaan yang bagus
indahnya kemenangan
kerana hari kemarin tidak lebih dari satu mimpi
dan esok hari hanyalah bayangan
akan tetapi hari ini anda hidup sempurna
sudah membuat hari kemarin sebagai impian yang indah
setiap hari esok adalah bayangan yang pernah harapan
maka lihatlah hari ini
inilah salam untuk sang fajar..

12/13/2010

Malu

Hakikat dari rasa malu adalah akhlak yang muncul dalam diri untuk meninggalkan keburukan, mencegah diri  untuk meninggalkan keburukan, mencegah diri dari kelalaian dan bersimpangan terhadap hak orang lain..

Malu dan iman keduanya di selaraskan bersama, ketika salah satu dari keduanya di angkat, maka yang lain turut terangkat.

Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan..

Sesungguhnya dari sifat malu menimbulkan kewibawaan dan dari sifat malu itu juga muncul ketenangan.

Sifat malu adalah keseluruhan dari kebaikan atau sifat malu adalah kebaikan seluruhnya.

Malu adalah sebahagian dari iman dan keimanan itu berada di syurga.. Ucapan buruk berasal dari akhlak yang buruk dan akhlak yang buruk tempatnya di neraka..

Tidak ada ucapan buruk terhadap sesuatu kecuali itu menghinakannya dan tidak ada rasa terhadap sesuatu kecuali itu akan memperindahkan peribadinya..

Malu itu adalah sebahagian dari iman dan iman itu adalah syurga..

Bahasa Mata

Mata seseorang memiliki bahasa tersendiri. Ia dapat berbicara dan difahami oleh setiap manusia. Ia adalah bahasa yang dapat difahami oleh setiap lelaki meskipun kadang-kala diterjemahkan secara salah.
Setiap kata yang keluar dari tatapan mata itu muncul melalui isyarat dan ia banyak terjadi dalam hati yang sakit.Oleh kerana itu, setiap wanita yang memiliki keutamaan agar tidak melepaskan pandanganya ke mana sahaja yang ia sukai, memanfaatkan kesempatan dari hati-hati yang sakit. Jangan jadikan bahasa matamu difahami sebagaimana ungkapan penyair yang berkata:

Dengan sudut mata mengisyaratkan ketakutan pemiliknya
isyarat yang menyedihkan diam membisu
sesungguhnya mata yang ditengahkanya nampak hitam pekat
telah membunuh kami dan tidak mampu menghidupkan yang telah mati dari kami
mereka lumpuhkan manusia berakal hingga tanpa daya
padahal mereka adalah manusia ciptaan Allah yang sangat lemah..


Mata mempunyai seribu makna....
 

12/12/2010

Rahsia hati..

Ada kata yang tak mampu untuk diungkap ada cerita yang tak mampu untuk ditinta namun hati ada segala rahsia. Rahsia yang selama ini dipatri kemas tersemat di sanubari. Apa yang telah terjadi dan muncul dalam kehidupan ada cerita yang tersendiri.. Suka ,duka ,sedih dan gembira perasaan itu sentiasa datang silih berganti..seperti mana Allah menciptakan siang, malam , panas dan hujan.. menjadi warna dalam kehidupan.

Apa yang berlaku dalam hidup ini mencipta apa yang akan terjadi esok.. namun kita harus sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.. sabar dan tabah menghadapinya walaupun ada kalanya perkataan sabar itu benci untuk didengar namun itulah hakikat yang terpaksa diterima..andai kata hati tercalar...

12/11/2010

Aku Adalah Aku..

Aku hanya insan biasa yang tiada rupa tiada harta tiada pelajaran. Hidup dalam serba kesederhaan dan hidup sentiasa bergelut dengan hati manusia yang adakalanya boleh membuatkan diri sentiasa dirudum hiba.. Apa yang ada dan mucul dalam perjalanan  hidup ini di terima dengan seikhlas hati redha dengan apa yang terjadi biarpun air mata sentiasa menjadi teman disisi..

Aku tidak perlu untuk dibandingkan dengan sesiapa kerana aku tahu aku hanya siapa. Aku tidak perlu untuk dijadikan macam seseorang kerana aku bukan pelakon.. Aku tidak perlu dipaksa kerana aku insan yang lemah.. Aku tidak perlu dihina kerana aku adalah insan yang cacat di matamu.. Perlukah hati ini sentiasa disakiti? yang pasti aku adalah aku dan aku bukan sepertimu....hanya pada Tuhan tempat ku mengadu...

Kehidupan..

Hidup sebagai khalifah dimuka bumi ini membuatkan kita menjadi insan yang sentiasa hidup berpandukan kepada cahaya iman dan taqwa.. dalam melayari arus kehidupan yang penuh dengar dugaan cabaran dan halangan..

Apa yang ada sebenarnya hanyalah  cobaan demi cobaan sama ada kita mampu bertahan dan menghadapinya.. adakalanya hidup ini boleh membuatkan manusia menjadi kejam dan tak bertamadun.. dan insan yang lain menjadi mangsa dan terhukum dalam permainan manusia..  Jika hidup ini tidak bertunjangkan iman dan syaitan mula menjadi raja dihati.. ramai yang telah tergoda dan digoda dengan hasutan nafsu manusia yang bertopengkan syaitan..

Hidup bukannya ruang bagi insan mencari-cari apa saja yang dimahukan, tetapi hidup adalah lapangan insan menunaikan maksud asal dirinya diciptakan. Andai mahu terus mencari makna bahagia selain dari ketentuan Allah, maka setiap langkah dalam memburunya adalah suatu penderitaan. Akhirnya yang dihimpunkan hanyalah episod gelisah, derita dan rasa kekosongan...

Setiap apa yang dilakukan sama ada yang baik atau disebaliknya.. pasti sedikit sebanyak secara langsung akan mempengaruhi hidup kita.. yang baik akan bertambah menjadi lebih baik... Syukur Alhamdulillah.
Yang masih lagi terdampar di tengah lautan itu harus cepat berenang ke tepian takut nanti lemas tidak berkesudahan..

Kembalilah ke jalan yang satu dalam mencari erti sebenar sebuah kehidupan. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan. Telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya hidup kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini... Hidup bertunjangkan iman kepada Keesaan Allah..

Manusia oh manusia...

Manusia itu seindah ciptaan yang diciptakan.. namun manusia adakalanya menjadi susah untuk dimergerti apabila ia sukar untuk diperterjemahkan oleh orang lain yang melihatnya... Melihat melalui mata menilai melalui hati..

Dalam hidup ini kita telah berjumpa dengan pelbagai-bagai ragam dan kerenah manusia.. membuatkan kita berfikir sejenak.. namun hati mempunyai banyak tafsiran untuk merungkai apa yang di lihat apa yang di tengok dan apa yang di baca.... Semua itu saling berlawanan dalam menyusuri arus sebuah kehidupan ibarat sebuah pemertasan drama.. (Ramai yang memainkan watak.)

Apabila keserasian mula ada di antara manusia hidup akan menjadi mudah apa yang dilakukan seiring dengan apa yang dinginkan. Jika disebaliknya berlaku manusia sentiasa berada dalam keadaan yang tertekan dengan kemelut yang tiada kesudahan...

Hanya hati kita yang tahu jawapan yang sebenarnya...