Manusia itu seindah ciptaan yang diciptakan.. namun manusia adakalanya menjadi susah untuk dimergerti apabila ia sukar untuk diperterjemahkan oleh orang lain yang melihatnya... Melihat melalui mata menilai melalui hati..
Dalam hidup ini kita telah berjumpa dengan pelbagai-bagai ragam dan kerenah manusia.. membuatkan kita berfikir sejenak.. namun hati mempunyai banyak tafsiran untuk merungkai apa yang di lihat apa yang di tengok dan apa yang di baca.... Semua itu saling berlawanan dalam menyusuri arus sebuah kehidupan ibarat sebuah pemertasan drama.. (Ramai yang memainkan watak.)
Apabila keserasian mula ada di antara manusia hidup akan menjadi mudah apa yang dilakukan seiring dengan apa yang dinginkan. Jika disebaliknya berlaku manusia sentiasa berada dalam keadaan yang tertekan dengan kemelut yang tiada kesudahan...
Hanya hati kita yang tahu jawapan yang sebenarnya...

No comments:
Post a Comment