Hidup sebagai khalifah dimuka bumi ini membuatkan kita menjadi insan yang sentiasa hidup berpandukan kepada cahaya iman dan taqwa.. dalam melayari arus kehidupan yang penuh dengar dugaan cabaran dan halangan..
Apa yang ada sebenarnya hanyalah cobaan demi cobaan sama ada kita mampu bertahan dan menghadapinya.. adakalanya hidup ini boleh membuatkan manusia menjadi kejam dan tak bertamadun.. dan insan yang lain menjadi mangsa dan terhukum dalam permainan manusia.. Jika hidup ini tidak bertunjangkan iman dan syaitan mula menjadi raja dihati.. ramai yang telah tergoda dan digoda dengan hasutan nafsu manusia yang bertopengkan syaitan..
Hidup bukannya ruang bagi insan mencari-cari apa saja yang dimahukan, tetapi hidup adalah lapangan insan menunaikan maksud asal dirinya diciptakan. Andai mahu terus mencari makna bahagia selain dari ketentuan Allah, maka setiap langkah dalam memburunya adalah suatu penderitaan. Akhirnya yang dihimpunkan hanyalah episod gelisah, derita dan rasa kekosongan...
Setiap apa yang dilakukan sama ada yang baik atau disebaliknya.. pasti sedikit sebanyak secara langsung akan mempengaruhi hidup kita.. yang baik akan bertambah menjadi lebih baik... Syukur Alhamdulillah.
Yang masih lagi terdampar di tengah lautan itu harus cepat berenang ke tepian takut nanti lemas tidak berkesudahan..
Kembalilah ke jalan yang satu dalam mencari erti sebenar sebuah kehidupan. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan. Telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya hidup kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini... Hidup bertunjangkan iman kepada Keesaan Allah..

No comments:
Post a Comment