. Lama dah tak pergi bercuti.. bila dapat perluang macam nie best yer rasa cam tak nak balik aje.. macam - macam benda yang nak dibuat.. Di Kuala Lumpur aktiviti berjumpa dgn rakan- rakan Fb yang selama nie bersua dalam coretan kata .bila dapat berjumpa bertentang mata melepaskan rindu yang lama terpendam di dada..macam-macam cerita yang hendak dibualkan dengan usikan dan gelak ketawa mewarnai perjumpaan pada hari itu..dengan rancangan pergi bercuti di Morib dengan tema Cuti-Cuti cinta telah diaturkan.. macam-macam aktiviti yang dibuat.. membuatkan semua terhibur..dan bergembira.. terima kasih buat semua teman-teman sebab hadir dalam hidup saya semoga keakraban yang terjalin nie berkekalan sampai bila-bila..Aminn..
3/29/2011
1/19/2011
Mama...
Dalam tak sedar dah hampir lima tahun aku menjalani hidup dengan cara begini.. walaupun pada asasnya aku sukar untuk menerimanya..Namun takdir Ilahi dah tertulis segala perancangan perjalanan hidup seseorang itu..Bermula pada tahun 2007 aku dikhabarkan tentang permergian insan yang tersayang.pada ketika itu aku baru sahaja tamat persekolahan dan pada ketika itu juga mama yang paling aku sayang menghidap penyakit yang kronik..aku terpaksa membuat keputusan untuk terus melupakan hasrat hati dan cita-cita yang aku inginkan dan setiap keputusan yang bakal dibuat pasti ada rasikonya.. Aku pasti apa yang aku lakukan kerana aku tidak akan membiarkan ia keseoranggan kerana aku tahu ia perlukan aku di sisi meski pun ia tidak pernah meminta untuk aku berada disampingnya... Naluri seorang ibu tidak akan meminta pertolongan untuk dibantu dalam kesusahan dan kesukaran tapi hati seorang anak tidak akan menbiarkan ia berada dalam kesulitan kerana tidak ingin menjadi anak yang derhaka. lalai dengan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya dipikul walaupun disaat itu fikiran seorang anak masih agak bercelaru sedikit..
Hari semakin hari tahun semakin tahun aku masih setia disisi terkurung dalam mahligai kaca yang temboknya hampir terpisah dengan dunia fantasi . Walaupun adakalanya jiwa memberontak ingin ke sana ..tapi terpaksa terpendam di dalam hati.. seandainya diberikan kebebasan bersyarat skalipun akan ku terbang kesegenap alam.. walaupun ia untuk seketika.. Mama walau apapun orang kata pasal saya.. Saya tidak akan sama skali menunjukkan kecewaan dan bertapa sakitnya hati bila tomahan melanda diri.. kerana saya tidak mahu mama dibebani dengan kerisauan..dan sesalan atas apa yang dah berlaku.. Saya melakukannya ikhlas dari hati saya untukmu mama..

1/01/2011
Selagi Nyawa Dikandung Badan Selagi Denyutan Masih Berdenyut..
Tahun 2011 lambaran yang baru dengan semangat dan azam yang baru.. Yang lama tidak harus di lupakan dan perlu di jadikan sandaran pada hari ini.. Perjalanan untuk tahun 2011 baru sahaja bermula dan langkah masih terlalu panjang setiap apa yang bakal berlaku dan terjadi akan pasti memberi kesan secara langsung.
Ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana diberi ruang dan peluang untuk terus di beri nafas untuk merasakan nikmat hidup ini..dan melaksanakkan tanggungjawab sebagai seorang insan yang diciptakan..walaupun tanggungjawab itu sukar untuk di galas tapi perlukan kekuatan untuk melaksanakannya,,
Tahun 2011 juga bakal menyaksikan bermacam- macam wayang kisah manusia yang akan di pentaskan dengan bermacam- macam plot dan tarian yang bakal ditarikan... Kalau cerita yang di pentaskan itu menarik tetarik juga nak tengok.. kalau yang membosankan terpaksalah menahan mata dan hati.. ehhhh kalau selalu makan hati burulam jantung selalu pun tak bagus gak,, yang pasti 2011 ku tunggu apa yang bakal terjadi...
12/20/2010
Catatan 2010...
Beberapa hari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya.. dan juga sepanjang 364 hari juga ada cerita yang tersendiri yang dilakarkan . Apa yang terjadi dan berlaku dalam satu tempoh yang agar sukar dan mencabar.. bermula dengan episod demi episod dalam dairi kamus catatan pribadi.. Setiap apa yang terjadi di depan mata ada sejarah yang tercipta..
Suka duka sedih dan gembira mewarnai sepanjang tahun 2010 walaupun kegembiraan yang datang hanya bersifat sementara dan derita yang singgah mungkin terlalu lama.. aku juga cuba untuk gembirakan hati ini tapi itu hanya sekadar lakonan semata- mata kerana aku tak dapat nak menipu diri sendiri.. yang dah lama dah menjadi barah di dalam hati ini.. dalam kegembiraan sebenarnya ada duka yang terselit di jiwa.. tapi tak ramai yang tahu mungkin aku nie terlalu bermain dengan perasaan hati. Apabila bibir tidak mampu untuk berbicara biarlah jari jemari merungkai apa yang tersirat di dalam hati.. bukan mahu di tinta cerita yang silam dan kelam kerana aku hanya insan biasa.. tersepit terhimpit dan terhukum dalam agenda permainan manusia sebab terlalu lama makan hati ..apa yang dapat aku lakukan selain berdoa dan mengharap pada yang satu agar diberi kekuatan..agar diri ini tidak rebah dan jatuh terus ke bumi..
Kadang-kadang diri ini terdetik juga teringin nak menjadi jahat..mungkin kita terlampau baik sangat kut..dan diri ini cepat tersedar dari lamunan mimpi yang ilusi dan kembali ke alam realiti..
Apa yang terjadi dan telah berlaku sepanjang tahun 2010 menjadi satu ikatan yang kukuh dan di simpulkan dalam sebuah episod kehidupan aku.. dan di harap tahun 2011 adalah lambaran baru yang aku harus tempuh dan berharap sangat-sangat agar derita yang ditanggung ini berakhir dengan satu episod yang tidak membuatkan hati ramai orang lain turut sama kecewa.. cukuplah hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita rasa..

Saya sendiri pun tak tahu apa yang gembira pada tahun 2010 nie.. yang best yer ulang tahun kelahiran yang jatuh pada Maal Hijrah iaitu pada 7 Disember yang lalu.. walaupun pada hari itu ada yang tercalar sikit.. apa yang sangat gembira hati ini ialah saya telah menemui sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisi dan setia bersama-sama dengan saya.. terima kasih kerana sudi menjadi sahabat.. walaupun hanya di alam maya..kerana hati ini dah lama kekosongan kini telah terisi..
kadang ku ingin menangis….aku ingin berlari...tinggalkan semua belenggu yang ada di hati….sesak d hati…tak bisa bernafas menghirup udara….ku letih dengan semua ni.….ku jenuh dengan hidup ni…aku harus bagaimana?aku harus seperti apa?aku harus dimana?untukku sandarkan sebarang rasa... yang dah berlalu tetap berlalu yang ada di depan mata harus dihargai..tahun 2010 tersemat di hati..
2011 ku tunggu cabaran yang menanti....
Apa yang terjadi dan telah berlaku sepanjang tahun 2010 menjadi satu ikatan yang kukuh dan di simpulkan dalam sebuah episod kehidupan aku.. dan di harap tahun 2011 adalah lambaran baru yang aku harus tempuh dan berharap sangat-sangat agar derita yang ditanggung ini berakhir dengan satu episod yang tidak membuatkan hati ramai orang lain turut sama kecewa.. cukuplah hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita rasa..
12/18/2010
Impian Dan Harapan..
Setiap dari kita pasti ada impian dalam apa jua yang di inginkan dan meletakkan harapan yang tinggi agar impian kita terlaksana.. Setiap impian pasti ada halangan dan dugaan hingga ada diantara kita merasa hampir berputus harap di pertengahan jalan.. Jiwa mesti kuat dan kental untuk mencapainya walaupun kadang-kadang harapan hanya tinggal harapan..kerana tidak semua apa yang kita nak akan tercapai..dan terlaksana.
Jika impian kita terlaksana kita akan merasa gembira dan bersyukur dengan apa yang kita impikan terlaksana jua dan merasakan hidup ini lebih bermakna.
Hidup kita juga ada bersandarkan impian dan harapan pada insan yang dinamakan manusia namun pasti ada yang tercalar akibat manusia lain namun hati pasti ada yang terluka kerana apa yang kita harapkan tak seperti apa yang kita jangka..manusia juga suka menabur janji dan janji yang dipatri selalunya dimungkiri.. dan bagi mereka yang terlalu mengharap pasti ada hati yang merana dan terseksa dengan sikap manusia..

12/16/2010
Fajar
Salam buat sang fajar
lihatlah hari ini
sebab ia adalah hidup, hidup dan hidup
dalam sekejap dia sudah melahirkan berbagai-bagai
hakikat dari wujudmu
nikmat pertumbuhan
perkerjaan yang bagus
indahnya kemenangan
kerana hari kemarin tidak lebih dari satu mimpi
dan esok hari hanyalah bayangan
akan tetapi hari ini anda hidup sempurna
sudah membuat hari kemarin sebagai impian yang indah
setiap hari esok adalah bayangan yang pernah harapan
maka lihatlah hari ini
inilah salam untuk sang fajar..
12/13/2010
Malu
Hakikat dari rasa malu adalah akhlak yang muncul dalam diri untuk meninggalkan keburukan, mencegah diri untuk meninggalkan keburukan, mencegah diri dari kelalaian dan bersimpangan terhadap hak orang lain..
Malu dan iman keduanya di selaraskan bersama, ketika salah satu dari keduanya di angkat, maka yang lain turut terangkat.
Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan..
Sesungguhnya dari sifat malu menimbulkan kewibawaan dan dari sifat malu itu juga muncul ketenangan.
Sifat malu adalah keseluruhan dari kebaikan atau sifat malu adalah kebaikan seluruhnya.
Malu adalah sebahagian dari iman dan keimanan itu berada di syurga.. Ucapan buruk berasal dari akhlak yang buruk dan akhlak yang buruk tempatnya di neraka..
Tidak ada ucapan buruk terhadap sesuatu kecuali itu menghinakannya dan tidak ada rasa terhadap sesuatu kecuali itu akan memperindahkan peribadinya..
Malu itu adalah sebahagian dari iman dan iman itu adalah syurga..

Subscribe to:
Posts (Atom)